Monday, May 28, 2012

I had hurt someone feelings. .

Assalamualaikum. .

hurmm. . ni nak story skit. hari ni ain rasa diri ni JAHAT sangat!
nak tau tak knapa? I had makes someone feels annoying with me!
ain pon tak tau knapa ain ckp mcm tu kat dia.
ain tnya perkara yg "nonsense"! Ya Allah, apa yg dh hamba-Mu lakukan ni?
dia dh buat baik sgt dekat ain, but knapa ain mesti buat dia skit hati.
'haha' because of he says this word , i asked him like this : knapa A gelak waktu ain tnya bla bla bla... ain ada buat lawak ke?. (BODOH kan?!)
lepas tu tnya tu lah,
tnya ni lah. .
ainnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!! what had you done?

'A', ain nak mintak maaf sgt,sgt,sgt sbb ckp mcm tu kat 'A' . BODOH kan ain ni, mcm dh tkde soalan lain nk tnya. . sje je cari pasal mlm2. mesti 'A' rasa bosan dh dgn sikap ain kan. sekali lg ain MINTA MAAF sangat,sangat,sangat!

 wassalam.

Wednesday, March 14, 2012

I LOVE THIS:)

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
baby 
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

Wednesday, February 22, 2012

Alhamdulillah, HAMBA BERSYUKUR KEPADA-MU YA ALLAH:)

Assalamualaikum. . .

ALHAMDULILLAH! tak dapat digambarkan perasaan kte bila abah kte kasi tau
"" KAKAIN! CONGRATULATION! k.ain dpt MRSM MUAR!"
i'm just like..... eh? aku mimpi apa????
 (THIS IS BECAUSE I JUST WAKE UP FROM SLEEP
 *TEPUKMUKABANYAKKALI! XD
YA ALLAH, TERIMA KASIH KERANA ENGKAU TELAH MENGAKBULKAN 'DOA' HAMBA-MU INI. :)
#MyDreamComeTrue!:D
Dalam masa yang sama jgk, rasa sedihhhhhhhhhhh sangt sbb terpaksa tinggalkn kwn-2,
especially my bestie! ;'(
--------> makinjauhlahktedgnMr.A . haisss.
okeylah, smpai sini dulu post ain.
wassalam:)

Monday, February 13, 2012

SEDIH.GEMBIRA.PASRAH.:))

Assalamualaikum~
SEDIH?
hari ni ada org tu last kt skolah lah. sedih lah pulok! hahaha
Teknik CHERAS? jauhhh tuu~ (jauh ke?) hahaha. .
hurm. . nak buat mcm mana kn, nk HALANG tak boleh, nk suruh JANGAN PINDAH lg lah tak boleh, nk mntk JANGAN TINGGALKAN KITE lagi lah tak boleh! hahaha:D
Tkpelah ain, dia pegi pun sbb nk blajar, nk jadi ENGINEER lah kata kn.:))
DEAR Mr. A, I WILL REALLY,REALLY,REALLY MISS YOU SOOO MUCH!;'(



GEMBIRA?
tadi dia kasi gmbr dia, satu wktu kecil n satu lg wktu dh besar.
warhh~ it's totally different. however is it,
satu COMIL! satu HENSEM! ngeee~:P
kite janji kte akan jge dua2 gmbr tu sebaik mngkin smpai bila2!:))
anywy, thanks syg!xD
Apa2 pun, klau awak baca post kte ni, kte nk cakap skit.
kalau dh kat sana nnti:-
#jgn tinggalkan solat
#rjin2 baca surah manzil yg kte kasi tu ya, smoga ALLAH sentiasa melindungi dia:))
#jgn lupa kluarga
# dan... jgn lupa dkt kita jgk ya;P

*SELAMAT MAJU JAYA KAT SEKOLAH BARU DIA! JAGA DIRI BAIK2 TAU!*:)
I LOVE SO MUCH FOREVER!

Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul:)

Assalamualaikum. .


                            Rasanya dah lama sgt kte tk update blog ni kan. haha.
                           Biasalah, org 'busy' lah katakan. hoho (busy sgt ke?:D

Apa-2 pun, ain nk ucapkan "SALAM MAULIDUR RASUL 1433H"
Jom selawat sama-2:)



Okey, sempena maulidur rasul ni, ain nk share satu cerita skit.
nak dgr tak? hahaha *ckp sorng2 lah pula dia ni(gila apa?)


Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
>Wahai Ali, bagi

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

 akhir skali, smoga kita semua akan menjadikan baginda Rasullulah S.A.W sbagai contoh teladan yg terbaik kpd diri kita semua. Sama-2lah munasabah diri kita ke arah yg lebih baik. aminnn:)


enjoy this song guys!:D

Thursday, January 12, 2012

Assalamualaikum. .

full my leisure time:)
okey, no idea what i'm going to do now. So, catch my lappy and start typpingggg!:D

start. . .
hari ini hari jumaat. Haha (tu pon nk ckp ke?);3

yes, akhirnya i tell him what i felt when i see him with ..... zzzzzzzz (HAHA) sbnrnya ni dh terjadi smlam punya smlam punya smlam punya smlam punya smalam. haha punya bnyk 'smalam nye' . sbnrnya dh lupa hari apa yg kte bg tau dia . --'
ehh. . sbnrnya, lps bagi tau dia perkara sbnrnya nk tgk dia pon segan.hoho ( pulak dhh--')
tpi nk buat mcm dh terckp. SAYA CAKAP APA YANG SAYA RASA. but then, i realized yg saya ni cemburu tak bertempat. seriously, saya tk pernah rasa mcm ni even pernah couple. buattt maluuu je ainn oii.
tapi alhamdulillah lah dia seorng yg memahami, klau tak, tak tau lahh.
*THANKS FOR UNDERSTANDING ME:)

okey, those who already have someone he/she love, they will do anything for them.
Including me:)
Dear Mr. A:)
if i meet you, 5 importent word i would like to say is
~ I LOVE YOU SO MUCH!~



#even some times you see me talking with another boy, doesn't mean i won't be loyal to  you.
~ trust me like how you ask me to trust you:)
okey then, bye! (wassalam)

Monday, January 9, 2012

Assalamualaikum. .

hyehye. .
 dear blog,  the aim i write this post is to express what i feel now.:(
hmmm. . apa yg ditulis ni seriously apa yg dtg drpd hati kite .
 okey, first of all, knyataan yg boleh dikatakan mcm-2 perasaan yg kite rasa skrg ni.
SEDIH,SUNYI,GERAM, BLURR~
rmai member yg pindah thn ni, haihh. . .
knapalahhh rasa sediihhh sgt ni?! ;(
Nisa!!!!!! ridulah kat ko, even baru sehari ko pindahh.
rasa dh bertahun-tahun tak jumpa ko! ( i'm crying when i write this)



okey mmg rasa kosong! kosong! sgt tahun ni. Ya Allah, knapalah aku rasa kehilangan sgt ni. .




okey fine bye! ......................